"You're preachin' too much, an' nobody's listenin'."- Harry Rex Vonner

Sunday, December 18, 2011

hambar.

ini saja yang boleh gambarkan pemikiran aku sekarang, serabut.


Lama gila tak menulis dalam bentuk entri blog. Sekarang ni microblogging sahaja, dalam Facebook dan Twitter. Aku rasa nak menulis bila baca entri Juna di sini -  http://heykamoo.blogspot.com/2011/11/anak-muda-kelas-ketiga.html


Aku rasa bosan dan tersekat dalam satu pusingan. Bangun, mandi, Subuh, bawa motor pinjam pergi kerja, makan lunch, Zuhur, sambung kerja, Asar, bawa motor balik kerja, Maghrib, makan malam, Isyak, tidur.


Awal bulan cucuk duit, tengah bulan dah kena ikat perut. Hutang orang, student loans, bayar sewa, beri pada orang tertentu. Makan nasi lauk telur hari-hari, isi minyak motor RM3 dan bawa seperlahan mungkin untuk tahan dua hari dalam sekali isi. Kadang-kadang stress sampai rambut gugur, gigit kuku sampai berdarah, buat kerja pun tersilap itu-ini dan kena marah dengan boss, tambah stress lagi. True story.


Kalau orang ada sijil, diploma, dan ijazah yang bekerja, gaji besar sikit je dari taraf SPM, tapi perlu bayar hutang pinjaman. Orang ada SPM, gaji kecil, tapi tak ada hutang.


At the end of the day, bukan sama je ke?


Ya, mungkin dari segi ilmu, tak sama. Tapi dari apa yang aku lalui sekarang, hidup ini memang satu pertarungan untuk mencari duit. Tak kisah apa kau belajar dulu, kadang-kadang kerja kau tak berkait langsung dengan bidang sijil kau.


Orang belajar Kejuruteraan Kimia pun jadi kuli batak, kerja pakai kemeja-T dan seluar jeans, bukan kerja dalam lab, pakai tali leher, seluar slacks, seperti yang diharapkan. Macam aku.


Tapi aku tak kisah semua tu. Syukur masih ada pekerjaan dan ruang untuk cari rezeki halal, dalam keadaan ekonomi macam sekarang. Tapi aku tak suka dipandang rendah. 


"Kau ni kata dua tahun lagi nak kahwin, tapi simpanan pun tak ada, macam mana?"


Terngiang-ngiang ayat tu. Macam kau faham keadaan aku. Tapi kita masih muda, ada kudrat untuk bekerja. Boleh rasa bangga guna duit hasil titik peluh sendiri. Tak perlu bergantung hidup dengan mak-bapak, boleh beri wang, walau sedikit mana pun, pada mereka tiap-tiap bulan. Alhamdulillah.


Selagi masih bernafas, hidup yang perit ini perlu diteruskan. Walau aku jauh dengan keluarga, walau aku jauh dengan rakan-rakan dan si dia, walau aku rasa sunyi dan bosan, sebab aku rasa aku hanya ada diri aku dan kerja aku sahaja sekarang. Aku tak ada mak-bapak yang hidup senang, tak ada tanah berelung-relung, tak ada "orang dalam" dalam mana-mana agensi.


Mungkin esok ada sinar baru. We can't know what God have in store for us in the future. But God won't change our lives until we start changing it ourselves. 


Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana aku masih bernyawa, masih punya kuasa tenaga. Kerja, ibadah, ilmu. Tak berada dalam zon selesa inilah jadi aku punya drive sekarang. Supaya aku tak malas kerja, tak putus asa, tahan kena maki dan kutuk-cela cakap belakang. Walau kadang-kala semangat dan iman aku turun-naik dan rasa macam tak mahu teruskan semua ini lagi. Tapi tidak meminta-minta dan tidak disuap itu adalah sangat mulia, aku rela susah, asalkan aku dapat suap diri sendiri.


cakap-cakap orang tu, jangan dihiraukan sangat. 

4 perkara berbangkit:

ask me said...

sedih aku baca. tp itulah kehidupan,kan.

parents aku selalu pesan, belajar hidup susah supaya kita belajar untuk mensyukuri segala nikmat yg ada.

be strong.

"Verily, after each difficulties, there's a relief."

feyza said...

be strong huzai..life is hard, but never give up k.

Anonymous said...

LIKE THIS.

p/s: Huzai power!

Rajuna said...

langgar